Pro-Net Kerjasama Bersama MOT – Serah Proton e.MAS 7, smart #1 dan smart #3

Pro-Net Kerjasama Bersama MOT – Serah Proton e.MAS 7, smart #1 dan smart #3

PRO-NET, pengedar rasmi Proton e.MAS dan smart Malaysia, telah menyerahkan secara rasmi beberapa unit kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Langkah ini selaras dengan pelan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 2021–2030 dan membuktikan komitmen PRO-NET dalam menyokong peralihan negara ke arah mobiliti mampan.

Majlis penyerahan yang berlangsung di ibu pejabat MOT, Putrajaya itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke bersama wakil PRO-NET serta jenama automotif lain yang turut serta dalam inisiatif ini. Antara pengisian acara termasuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan & Sambutan Ulang Tahun RAC ke-33 serta Simbolik Penyerahan Kenderaan EV dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Antara EV yang diserahkan termasuk Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nombor satu di Malaysia, bersama model smart #1 dan smart #3. Melalui usaha ini, MOT berpeluang menilai sendiri prestasi, jarak perjalanan serta potensi teknologi EV. Inisiatif ini juga menyokong sasaran Malaysia untuk mencapai 15% kadar penggunaan kenderaan elektrifikasi menjelang 2030, selain membantu pembuat dasar memahami kelebihan dan cabaran penggunaan EV dalam merangka polisi, perancangan infrastruktur dan strategi jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, kerjasama ini mencerminkan iltizam syarikat dalam mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari. Dengan memberi pengalaman terus kepada agensi kerajaan, PRO-NET yakin ia akan memperkukuh pemahaman serta persediaan menghadapi masa depan elektrifikasi.

Penyerahan EV ini menjadi bukti jelas komitmen PRO-NET dalam menyokong agenda negara menuju pengangkutan mampan dan mobiliti karbon rendah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD