smart Malaysia telah melancarkan SUV coupe elektrik terbaru mereka iaitu smart #3 dan akan dipamerkan kepada orang ramai di Centre Court, Pavillion Bukit Jalil bermula hari ini.
Tiga varian bakal ditawarkan ke pasaran Malaysia iaitu Pro, Premium dan Brabus. Bagi varian Premium dan Pro, ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 272 Ps dan 343 Nm tork manakala varian Brabus didatangkan dengan spesifikasi dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 428 Ps dan 543 Nm tork.
Pecutan dari 0-100 km/j bagi varian Pro dan Premium hanya 5.8 saat sahaja manakala varian Brabus mampu memecut dalam masa 3.7 saat sahaja dengan menggunakan mod Rocket Launch.
Untuk jarak sejauh 325 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 49 kWh bagi varian Pro manakala varian Premium dan Brabus dibekalkan dengan pek bateri yang sama iaitu 66 kWh untuk jarak sejauh 455 km bagi Premium dan 415 km bagi Brabus dengan sekali pengecasan.
Bagi pengecasannya, #3 boleh dicas menggunakan pengecas AC berkapasiti 22 kW dengan status pengecasan 10% hingga 80% boleh dicapai dalam kurang dari tiga jam. Namun jika menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti 150 kW, ia boleh mencapai status pengecasan pada tahap yang sama di bawah 30 minit.
Harga On-The-Road (tanpa insurans) smart #3 bagi model Pro, Premium dan Brabus dengan cukai jualan dan perkhidmatan ialah:
Smart #3 Pro : RM175,000
Smart #3 Premium : RM215,000
Smart #3 Brabus : RM255,000
Sebanyak 12 warna luaran boleh dipilih seperti yang berikut:
smart Malaysia turut menawarkan 5 pakej lumayan kepada pelanggan yang membuat tempahan bermula hari ini sehingga 31 Julai iaitu :
Bagi waranti pula adalah seperti berikut:
Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke Pavillion Bukit Jalil di Level 2, Centre Court untuk lihat dan pandu uji sendiri model smart #3 ini.