Dipacu oleh Keharmonian Bersama Toyota – Pilih Tahan Lasak, Sporty atau Eco-Friendly?

Toyota mempunyai pelbagai pilihan model kereta terutamanya model utama mereka iaitu Hilux, Vios dan Corolla Cross Hybrid Electric. Setiap satunya ada karakter tersendiri, tapi yang sama? Kualiti, kekukuhan dan kredibiliti yang memang sinonim dengan Toyota sejak dulu.

Kalau kita mula dengan Toyota Hilux, nama ni tak perlu nak diperkenalkan lagi. Dari dulu sampai sekarang, Hilux memang menjadi pikap trak pujaan rakyat Malaysia. Untuk versi terbaru ni, terutamanya Hilux GR Sport 2.8, dia bukan sekadar nampak garang, tapi ada sentuhan sporty.

Ada paddle shifter di stereng, suspensi sport tuned baru, dan kabin dengan kemasan jahitan merah yang bagi rasa eksklusif. Senang cerita, Hilux ni bukan sekadar untuk kerja-kerja berat dan laluan off-road, tapi sesuai juga dikategorikan sebagai pikap trak urban.

Lepas tu ada Toyota Vios, sedan segmen-B popular yang dah lama jadi pilihan orang muda dan keluarga kecil. Vios baru ni tampil dengan design yang lebih garang dan aerodinamik, membuatkan dia nampak sporty.

nazznco-article-cover-2

Masuk je dalam, kerusi ergonomik dia memang comfy, sesuai untuk perjalanan jauh. Tambah pula dengan Electronic Parking Brake (EPB), tak perlu lagi tarik brek tangan manual, cukup tekan butang sahaja.

Bab keselamatan pun dah tak perlu risau dengan adanya sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang ada ciri macam Pre-Collision System dan Adaptive Cruise Control. Dan paling best, Vios bagi pilihan tiga mod pemanduan. Eco bila nak jimat minyak, Power bila nak pecut, dan Normal untuk kegunaan harian. So boleh pilih ikut mood!

Untuk yang nak SUV yang practical tapi tetap ada sentuhan moden, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric jawapannya. SUV ni bukan saja jimat minyak dengan sistem hibridnya, tapi juga selesa untuk family trip.

Ada paparan digital penuh 12.3 inci, kerusi belakang boleh recline lebih rendah dan bonet belakang yang lengkap dengan sensor kaki. Senang sangat kalau tangan tengah penuh barang, guna kaki je untuk buka bonet belakang. Dari segi keselamatan, lengkap dengan tujuh beg udara, Blind Spot Monitoring dan kamera 360 darjah.

Yang buat lagi menarik, model hibrid ni datang dengan waranti lapan tahun untuk bateri dan komponen utama, siap boleh extend sampai 10 tahun lagi. Jadi pengguna dah tak perlu risau untuk tempoh masa yang lama. 

Jadi, tak kira apa gaya hidup kita, Toyota ada pilihan yang sesuai. Hilux untuk yang sukakan lasak, Vios untuk yang nak sporty dan ringkas, dan Corolla Cross Hybrid Electric untuk mereka yang mahukan gaya hidup lebih eco-friendly bersama keluarga. 

Jadi, tunggu apa lagi? Pergi ke mana-mana showroom Toyota terdekat dengan anda dan pandu uji model idaman anda atau boleh layari laman web rasmi Toyota untuk maklumat lanjut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD