Kerajaan Pulau Pinang Belanja RM3.3 Juta, Beli 15 Unit Toyota Camry sebagai Kenderaan Rasmi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah mengesahkan bahawa sebanyak 15 unit Toyota Camry bernilai RM3,311,895 telah dibeli oleh kerajaan negeri untuk menggantikan kenderaan rasmi yang dibeli pada tahun 2020.

Kenderaan baharu ini adalah untuk kegunaan rasmi 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang dan tiga ahli ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Dua lagi kenderaan adalah masing-masing untuk kegunaan rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Dun Pulau Pinang.

“Jumlah (kos) itu termasuk cukai dan duti eksais. Ini menjadikan kos setiap kereta kira-kira RM220,789,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu Mohd Yunus ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib mempersoalkan tindakan pembelian kenderaan baharu dalam keadaan kerajaan negeri berdepan cabaran kewangan.

“Kita lihat Exco negeri menggunakan Toyota Camry baharu bagaimanapun perkara ini tidak dilaporkan secara terbuka.

“Kerajaan negeri turut menerima pendahuluan sebanyak RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi mengurus aliran tunai, namun kenderaan baharu tetap dibeli. Bolehkan kerajaan negeri beri penjelasan?” soalnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD