Dua lelaki warganegara China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 316.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.53 malam.
“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki, dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori. Namun, lori tersebut tidak berada di lokasi ketika pasukan penyelamat tiba,” katanya.
Menurut beliau, pasukan bomba yang menjalankan operasi menggunakan konsep SAVER dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
“Pemandu kereta, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun mengalami kecederaan di tangan dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” jelasnya.
Sementara itu, dua penumpang warga China – seorang lelaki yang duduk di tempat duduk hadapan (umur belum dikenal pasti) dan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun di tempat duduk belakang – disahkan meninggal dunia di lokasi.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?