Bali kini berdepan banjir terburuk dalam lebih sedekad selepas hujan lebat melanda pulau itu. Banyak kawasan utama termasuk Denpasar terjejas, dengan infrastruktur rosak, tanah runtuh serta ribuan penduduk dipindahkan.
Setakat ini, lebih 20 nyawa terkorban dan beberapa lagi masih hilang. Akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai turut terganggu apabila jalan utama dinaiki air.
Pihak berkuasa tempatan kini mengetatkan kawalan pembangunan, termasuk larangan membina hotel dan restoran baharu di kawasan sawah serta tanah pertanian. Langkah ini diambil untuk mengurangkan risiko banjir dan memastikan pembangunan lebih lestari.
Selain itu, isu pengurusan sampah dan sisa juga menjadi perhatian, kerana longgokan plastik dan bahan buangan lain didapati menyumbat saluran air hingga memburukkan keadaan banjir.
Pelancong yang bercadang ke Bali dinasihatkan supaya:
Memantau perkembangan cuaca dan arahan rasmi.
Menyemak status penerbangan serta keadaan jalan raya.
Elakkan kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh.
Walaupun situasi mencabar, pihak berkuasa yakin usaha pemulihan segera dapat memastikan Bali kembali selamat untuk dikunjungi dalam masa terdekat.
Sumber: TRAVEL AND TOUR WORLD
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?