Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh Proton, hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e.MAS 5, kini telah dibuka secara rasmi selepas siaran langsung pelancarannya pada 4 Oktober 2025.
Dalam sesi tersebut, Proton telah mendedahkan harga anggaran Proton e.MAS 5, iaitu bermula dari RM60,000 sehingga RM80,000. Pelanggan juga kini boleh membuat tempahan dengan bayaran serendah RM99 dan menerima kad edisi terhad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC dengan isian RM100, serta rebat tambahan RM500 untuk yuran tempahan.
Walaupun kompak, Proton e.MAS 5 hadir dengan teknologi pintar ATLAS OS, sistem pengecasan rumah yang mudah, serta peta pengecasan langsung PRO-NET untuk pengalaman pemanduan elektrik yang lancar dan berhubung.
Antara ciri menonjol termasuk:
Sistem storan pintar & gear kristal
Suspensi belakang multi-link
Pengecasan pantas DC
Bateri berketumpatan tinggi
Arahan suara dalam Bahasa Melayu & Inggeris
Lampu utama LED
Sistem keselamatan ADAS
Kamera 360°
Apple CarPlay & Android Auto
Semua ciri ini menjadikan e.MAS 5 bukan sahaja berbaloi dari segi harga, tetapi juga lengkap dengan keselesaan, keselamatan dan gaya moden.
Tempahan Proton e.MAS 5 kini dibuka di 42 pengedar rasmi Proton e.MAS di seluruh negara, atau secara dalam talian melalui laman web rasmi Proton e.MAS. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi adik kepada Proton e.MAS 7 ini yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.