NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Anggota Polis Maut Dalam Insiden Dua Motosikal di Lebuhraya Ipoh

Anggota Polis Maut Dalam Insiden Dua Motosikal di Lebuhraya Ipoh

Seorang anggota polis dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain di KM287.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, pagi semalam.

Mangsa, Inspektor Muhamad Helmi Hakim Muhamad Raus, 30, difahamkan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Taiping, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, siasatan awal mendapati mangsa menunggang Honda CBR350RS sebelum dipercayai melanggar Honda Wave yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari arah belakang.

Impak perlanggaran menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya, manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sumber: Astro Awani

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy