NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Maut, Isteri dan Tiga Anak Parah Dalam Kemalangan di Shah Alam

Lelaki Maut, Isteri dan Tiga Anak Parah Dalam Kemalangan di Shah Alam

Tragedi menimpa sebuah keluarga lima beranak apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, Shah Alam, petang hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga FLX yang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik. Seorang lelaki berusia 39 tahun tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan pada jam 1.45 petang, namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Isteri mangsa yang berusia 38 tahun bersama tiga anak perempuan mereka masing-masing berumur 7 tahun, 4 tahun dan seorang bayi berusia 7 bulan, mengalami kecederaan parah dan segera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Kes kematian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy