NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Rempuh Dua Kenderaan, Lelaki Cedera Lepas Kereta Terbabas

Rempuh Dua Kenderaan, Lelaki Cedera Lepas Kereta Terbabas

Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandunya terbabas dan melanggar dua kenderaan yang diparkir di bahu jalan berhampiran Hospital Seberang Jaya (HSJ), pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 pagi sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh dua kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan. Tiada individu lain berada di dalam dua kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy