Beberapa jalan utama dan lebuh raya di ibu negara akan ditutup secara berperingkat dari 26 hingga 28 Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menurut Pusat Kawalan dan Perintah Kuala Lumpur (KLC3).
Dalam kenyataannya, KLC3 menjelaskan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan secara berkala selama 30 hingga 45 minit setiap kali, bagi memberi laluan kepada pergerakan konvoi delegasi tertinggi sepanjang tempoh persidangan.
Antara laluan utama yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan pusat bandar termasuk:
Beberapa persimpangan strategik yang dijangka terkesan pula termasuk:
Selain itu, laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang menuju pusat bandar, termasuk Putrajaya Ring Road dan Lebuhraya KLIA, juga akan mengalami penutupan sementara bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi delegasi.
Antara lebuh raya utama yang terlibat ialah:
KLC3 menjangkakan kawasan Segitiga Emas sekitar KLCC akan mengalami gangguan trafik paling ketara, dan orang ramai dinasihatkan mengelak kawasan berkenaan serta menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel atau bas sepanjang tempoh sidang kemuncak.
Kenderaan berat juga dilarang memasuki pusat bandar pada waktu puncak persidangan, manakala maklumat penutupan jalan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Orang ramai disaran melayari portal rasmi ASEAN 2025 di www.myasean2025.my atau mengikuti Facebook rasmi ASEANmy untuk perkembangan terkini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini menandakan kemuncak Pengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025, dan bakal menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota ASEAN serta rakan dialog antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. – New Straits Times
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?