Chery Malaysia Raikan Kejayaan Jurujual Cemerlang Melalui Program Latihan Eksklusif CCSP

Chery Malaysia Raikan Kejayaan Jurujual Cemerlang Melalui Program Latihan Eksklusif CCSP

Chery Malaysia baru-baru ini menganjurkan Sales Advisors’ Appreciation Dinner sebagai tanda penghargaan kepada pasukan jualan di seluruh negara atas komitmen, profesionalisme dan dedikasi mereka dalam memperkukuh jenama Chery di pasaran tempatan.

Majlis ini turut meraikan kejayaan 77 Jurujual Chery yang menamatkan Chery Certified Sales Professional (CCSP) Programme, sebuah program latihan intensif yang direka khas untuk meningkatkan kepakaran produk dan pengalaman pelanggan di setiap cawangan.

Dilancarkan pada April 2025, CCSP merupakan program pensijilan wajib bagi semua jurujual Chery yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan. Program ini menggabungkan penilaian teori dan praktikal selama tiga bulan bagi memastikan setiap peserta memahami sepenuhnya keperluan pelanggan dan mampu mencadangkan model kenderaan yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka.

Selain itu, latihan ini juga menekankan keupayaan komunikasi yang efektif supaya jurujual dapat menjelaskan dengan tepat kelebihan produk serta teknologi canggih keluaran Chery.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, dalam ucapannya menegaskan kepentingan latihan berterusan dalam industri automotif yang semakin pesat berubah.

“Jurujual kami adalah wajah kepada jenama Chery. Pengetahuan, keyakinan dan keikhlasan mereka dalam melayani pelanggan memainkan peranan besar dalam mencipta pengalaman pemilikan yang bermakna. Ketika teknologi dan produk kami berkembang, pasukan jualan juga perlu bergerak seiring agar pelanggan sentiasa menerima maklumat yang tepat serta layanan terbaik,” katanya.

Menurut beliau, Chery Malaysia komited membina rangkaian jualan yang berpengetahuan, berfokuskan pelanggan dan berprestasi tinggi, seiring dengan pelancaran teknologi baharu seperti Sistem Hibrid Super Chery (Chery Super Hybrid System).

“Matlamat kami bukan hanya menjual kereta, tetapi memberikan pengalaman pembelian yang luar biasa. Setiap pelanggan perlu merasakan nilai inovasi, penjagaan dan keunggulan yang menjadi DNA Chery,” tambah Lee.

Salah seorang graduan CCSP, Ashraf Mokhtar, turut berkongsi pengalaman peribadinya,

“Program ini mengajar saya untuk melihat lebih jauh daripada sekadar produk. Ia tentang memahami pelanggan — bila kita tahu apa yang mereka perlukan, membantu mereka memilih kereta terasa jauh lebih bermakna.”

Kini, Chery Malaysia telah memulakan kohort kedua CCSP pada awal Oktober, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk membangunkan pasukan jualan profesional di seluruh negara.

Selain itu, Chery turut mengumumkan pelancaran Chery Super Hybrid Expert Programme, yang akan melatih jurujual pakar dalam teknologi hibrid terkini. Program ini bakal memastikan sekurang-kurangnya seorang pakar CSH ditempatkan di setiap bilik pameran Chery untuk memberi tunjuk ajar kepada pelanggan dan jurujual baharu.

Majlis tersebut turut menyaksikan pengiktirafan kepada 20 Jurujual Terbaik Chery di seluruh Malaysia, merangkumi wilayah Tengah, Selatan, Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Antara penerima anugerah utama ialah Ivy Tan Shiuh Ling dari Chery Bukit Mertajam, Sim Kee Hong dari Chery Ampang dan Lim Kok Chuan dari Chery Bukit Puchong.

“Menjual kereta bukan sekadar angka, tetapi tentang memahami manusia. Saya bermula secara tidak sengaja, namun kini ia menjadi minat saya. Latihan dan sokongan daripada pasukan Chery memberi keyakinan untuk berdepan pelanggan dan membina kepercayaan. Setiap pelanggan yang gembira mengingatkan saya kenapa saya sayangkan kerja ini,” ujar Ivy Tan penuh semangat.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD