NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

32 Kes Kecurian Kabel ECRL Direkodkan, Kerugian Cecah Lebih RM3 Juta

32 Kes Kecurian Kabel ECRL Direkodkan, Kerugian Cecah Lebih RM3 Juta

Sebanyak 32 kes kecurian kabel dan komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilaporkan antara Jun hingga 10 Oktober lalu, melibatkan kerugian melebihi RM3 juta, menurut China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL).

Pengarah Keselamatan CCCECRL Seksyen 13, Shi Liang Hui, berkata Pahang mencatat jumlah tertinggi dengan 24 kes, diikuti Terengganu (7 kes) dan Kelantan (1 kes).

“Pencuri hanya menyasarkan kabel jenis ‘overhead’ dan ‘ground’, selain kotak transformer. Aktiviti ini boleh menjejaskan jadual siap projek ECRL,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Luit, semalam.

Bagi mengekang kejadian berulang, CCCECRL telah bekerjasama dengan polis dan melantik dua syarikat keselamatan baharu untuk memantau kawasan projek. Tambahan itu, sebanyak 66 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang sejak September lalu bagi tujuan pemantauan dan membantu siasatan sekiranya berlaku kecurian.

Shi turut menyeru orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan projek terjamin.

“Projek ECRL ini adalah projek penting negara untuk kemudahan rakyat. Jadi, kita semua bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kelancaran pelaksanaannya,” katanya. – Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy