Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menahan serta menyita sebuah kereta jenis Nissan Fairlady 3.5cc dalam satu operasi khas dikenali sebagai Ops Luxury yang dijalankan di sekitar Ipoh baru-baru ini.
Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan berkenaan melakukan dua kesalahan utama iaitu cukai jalan (Lesen Kenderaan Motor) tamat tempoh sejak 13 April 2021 serta tiada perlindungan insurans sah bagi tempoh yang sama.
Susulan itu, anggota penguat kuasa JPJ telah mengeluarkan dua Notis Saman P22 dan satu Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kenderaan terbabit kemudiannya dibawa ke Depoh Sita JPJ Negeri Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.
JPJ Negeri Perak dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan cukai jalan dan insurans kenderaan diperbaharui mengikut tempoh yang sah bagi mengelakkan tindakan undang-undang, khususnya bagi kenderaan berprestasi tinggi atau kategori mewah.
Pihaknya turut menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi membanteras penggunaan kenderaan tanpa cukai jalan serta insurans sah di jalan raya, demi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang sentiasa terpelihara.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?