Empat individu cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Meru Tambahan, Kampung Bukit Cerakah, pagi tadi.
Insiden kira-kira jam 9.00 pagi itu melibatkan sebuah lori tanah, lori sampah serta dua kereta jenis Perodua Myvi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan empat mangsa iaitu tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang mengalami kecederaan.
“Semua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Mereka kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 9.45 pagi.
Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan sebuah lori tanah dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat berkenaan. – Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?