Tak Sangka, Rupanya Kondo Jadi ‘Sarang’ Kereta Seludup

Tak Sangka, Rupanya Kondo Jadi ‘Sarang’ Kereta Seludup

Taktik licik satu sindiket penyeludupan akhirnya terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menemui tujuh kereta mewah seludup dari Singapura yang disorok di tempat parkir kondominium sekitar Johor Bahru, Johor.

Kereta bernilai RM1.22 juta termasuk cukai itu terdiri daripada model Volkswagen Beetle, Volvo S80, BMW 325i, Maserati Ghibli, Toyota Vellfire, Mercedes Benz dan Honda Jazz, hasil operasi yang dijalankan sejak 1 September lalu.

Menurut Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, siasatan awal mendapati sindiket menjadikan parkir kondominium sebagai lokasi transit sementara sebelum menjual kenderaan tersebut ke seluruh negara.

“Kereta-kereta mewah ini dijual pada harga 35 hingga 40 peratus lebih murah berbanding pasaran, dan mereka aktif mempromosikan jualan melalui media sosial,” katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM Kelantan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan menyimpan barangan larangan import.

Tambahnya, sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, JKDM Kelantan telah merampas 47 kenderaan seludup dengan nilai cukai keseluruhan dianggarkan RM6.38 juta.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD