passionately driven

Gangguan Perkhidmatan Aerotrain di KLIA Terjadi Lagi, MOT Arah APAD Siasat MAHB

Gangguan Perkhidmatan Aerotrain di KLIA Terjadi Lagi, MOT Arah APAD Siasat MAHB

Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhubung beberapa gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata siasatan ini merupakan langkah tegas kerajaan bagi memastikan operator lapangan terbang utama negara itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna.

“Pada peringkat awal operasi, kementerian mengambil maklum bahawa MAHB memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kerana Aerotrain masih berada dalam fasa penyesuaian. Namun, selepas beberapa bulan beroperasi, tindakan tegas perlu diambil atas setiap insiden gangguan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lesen pengendali yang diberikan kepada MAHB menetapkan kewajipan untuk mengekalkan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan dan selamat kepada semua pengguna.

Di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000 bagi setiap kesalahan.

Anthony Loke menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal memenuhi piawaian operasi, khususnya apabila ia melibatkan kemudahan awam yang digunakan ribuan penumpang setiap hari.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD