Sebanyak 50 kenderaan pelbagai jenis dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak hari ini, dengan jumlah kutipan mencecah RM60,750.
Menurut Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, kenderaan paling tinggi bidaannya ialah Honda dengan harga RM11,000 manakala yang paling rendah cuma RM50, melibatkan motosikal seperti Suzuki, SYM dan Demak.
Daripada jumlah keseluruhan, 40 kenderaan boleh dilesenkan, manakala 10 lagi tidak boleh dilesenkan, termasuk dua kenderaan klon.
Katanya, lelongan kali ini melibatkan motosikal, kereta, van, lori serta MUV (kenderaan utiliti pelbagai guna) yang disita hasil operasi penguatkuasaan di seluruh negeri.
“Untuk lelongan kali ini, harga rizab keseluruhan ditetapkan sebanyak RM46,450, dengan yang tertinggi ialah lori sampah Hino bernilai RM8,800 dan terendah RM50 bagi motosikal,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa setiap kenderaan yang dilelong akan melalui prosedur sitaan yang panjang, termasuk pengesahan mahkamah dan penilaian harga pasaran sebelum ditetapkan harga rizab.
Selepas disita, notis pertama akan dihantar kepada pemilik dalam masa sebulan, dan jika tiada tuntutan dibuat, notis kedua akan dikeluarkan kepada bank atau syarikat kredit yang terlibat.
“Masuk bulan ketiga, kita akan mohon lucut hak di mahkamah, dan selepas diluluskan, barulah kenderaan itu boleh dijual secara sah melalui lelongan awam,” katanya.
Tambah beliau, sebanyak 76 buku lelongan turut terjual dengan kutipan RM5,320, melibatkan 52 pembida yang menyertai lelongan kali ini.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?