NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Maut Dalam Kereta di Parkir Pusat Beli-Belah

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Maut Dalam Kereta di Parkir Pusat Beli-Belah

KUCHING, — Misteri kehilangan seorang wanita di Tabuan Jaya sejak Sabtu lalu akhirnya terungkai apabila dia ditemui tidak bernyawa di dalam keretanya yang diparkir di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat wanita berusia 24 tahun itu sekitar jam 1.55 petang semalam.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, mangsa sebelum ini merupakan individu yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk proses bedah siasat.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah,” jelasnya.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803, Balai Polis Sekama di 082-332522, atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy