NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Projek Naik Taraf Laluan Rel Pasir Mas–Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Dijangka Bermula Tahun Depan

Projek Naik Taraf Laluan Rel Pasir Mas–Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Dijangka Bermula Tahun Depan

Projek menaik taraf laluan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang dijangka dimulakan tahun depan dengan kos keseluruhan sebanyak RM264 juta, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, projek berkenaan telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tahun 2026 dan akan dilaksanakan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC). Proses perolehan dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan.

Menurut Loke, projek ini bertujuan mengaktifkan semula laluan rel tersebut bagi perkhidmatan penumpang dan kargo, sekali gus mengukuhkan hubungan rentas sempadan Malaysia–Thailand melalui sambungan ke Sungai Golok, Thailand.

“Projek ini dijangka bermula selepas proses perolehan selesai dan akan siap dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kerja naik taraf dimulakan.

Skop pelaksanaan meliputi kerja tanah dan landasan, pembinaan pagar, naik taraf Stesen Pasir Mas dan Rantau Panjang, serta penambahbaikan sistem semboyan dan komunikasi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat semalam. – Bernama 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy