NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Treler Terbalik dan Melintang di Terowong Menora, Trafik Sesak Arah Utara

Treler Terbalik dan Melintang di Terowong Menora, Trafik Sesak Arah Utara

Sebuah treler dilaporkan terbalik dan melintang di Kilometer 263.4 Lebuh Raya Utara–Selatan (arah utara) antara Ipoh (Utara) dan Terowong Menora pagi tadi.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu menyebabkan lorong tengah dan kanan terhalang, sekali gus menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan.

“Pada jam 9.45 pagi, terdapat kemalangan di KM263.4 arah utara dari Ipoh (Utara) ke Terowong Menora. Lorong tengah dan kanan terhalang, trafik sesak,” kata LLM dalam kenyataan di Facebook.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, kenderaan berat itu dilihat melintang di tengah laluan sehingga menyebabkan kenderaan lain terpaksa memperlahankan pemanduan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berhati-hati, patuhi arahan petugas di lokasi, dan rancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lebih panjang.

Sumber: KOSMO!

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy