Leka Guna Telefon, Pemandu Maut Selepas Terlalu Bergantung Pada Sistem Autopilot

Leka Guna Telefon, Pemandu Maut Selepas Terlalu Bergantung Pada Sistem Autopilot

Seorang lelaki di China maut selepas dipercayai terlalu bergantung kepada sistem pemanduan separa automatik (autopilot) keretanya sambil menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Menurut laporan tempatan, mangsa mengaktifkan mod pemanduan automatik dan tidak lagi mengawal kenderaan secara manual. Sebaliknya, dia dilihat menumpukan perhatian kepada telefonnya berbanding keadaan jalan raya di hadapan.

Akibat kelalaian itu, kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan pada kelajuan tinggi sekitar 121 km/j, menyebabkan pemandu maut di tempat kejadian. Dua penumpang lain yang turut berada di dalam kenderaan dilaporkan cedera parah.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut dan menegaskan semula bahawa teknologi bantuan pemanduan hanya berfungsi sebagai sistem sokongan, bukan pengganti sepenuhnya kepada pemandu manusia.

Menurut kenyataan rasmi, pemandu tetap perlu berwaspada serta bersedia mengambil alih kawalan kenderaan pada bila-bila masa bagi mengelakkan kemalangan.

Kejadian dipercayai berlaku pada 16 Oktober lalu, namun hubungan antara pemandu dan dua penumpangnya masih belum dapat dipastikan sama ada mereka ahli keluarga atau kenalan rapat. – Majoriti

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD