NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemotong Rumput Warga Asing Maut Dilanggar Kereta Elak Haiwan Melintas

Pemotong Rumput Warga Asing Maut Dilanggar Kereta Elak Haiwan Melintas

Seorang wanita warga Myanmar maut selepas dilanggar sebuah kereta yang cuba mengelak haiwan melintas di Kilometer 52.5, Jalan Rengit–Kota Tinggi, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.37 petang ketika mangsa, Manir Ahmed Laal Miya, 30, sedang memotong rumput di bahu jalan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Proton Wira, seorang lelaki berusia 30 tahun, cuba mengelak haiwan yang tiba-tiba melintas sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta terbabit pula mengalami patah pergelangan tangan serta jari dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Menurut Yusof, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000, jika disabit kesalahan.

“Pesalah juga boleh hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh sehingga lima tahun,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy