Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas di Kilometer 301.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Kijal, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi, mangsa, Khlipah Ibrahim, 65, yang memandu Honda Accord, mengalami lebam di bahagian tangan manakala suaminya, Ahmad Aziz, 67, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli, berkata pasangan warga emas itu dalam perjalanan dari rumah mereka di pusat bandar Dungun menuju ke Kuantan, Pahang, ketika kejadian berlaku.
“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan yang dipandu mangsa di lorong kanan gagal mengelak sekumpulan lembu yang melintas dari arah kiri lebuh raya sebelum berlaku pelanggaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, dianggarkan antara lima hingga tujuh ekor lembu berada di atas lebuh raya ketika kejadian, dan sebahagiannya mati selepas dirempuh.
Mohd. Razi berkata, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan, manakala bangkai lembu bergelimpangan di atas jalan menyebabkan aliran trafik terganggu seketika.
“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” tambahnya.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?