Sekarang ni tengah musim hangat pasal Proton e.MAS dan All-New Proton SAGA, tapi sebelum kita sembang pasal masa depan, jom “rewind” sikit.
Bukan semua tahu yang jenama PROTON ni sebenarnya dah lama menembusi skrin antarabangsa, dari filem, siri TV, sampai rancangan automotif terkenal dunia. Ini dia, 5 kemunculan PROTON paling ikonik di layar kaca luar negara yang mungkin semua orang tak perasan pernah berlaku!
5. Proton Satria Neo dalam Top Gear Australia (2008)
Dalam versi Top Gear Aussie ni, The Stig Australia diberi tugas memandu Proton Satria Neo versi standard di litar ujian rasmi mereka. Walaupun bukan model mewah atau laju tahap supercar, Neo berjaya curi perhatian dengan kawalan dan kestabilan yang luar biasa. Episod ni jugalah yang buat penonton Australia pertama kali nampak sendiri potensi kereta buatan Malaysia yang bukan setakat “budget car”, tapi ada DNA handling yang mantap!

4. Proton Satria Neo S2000 dalam Top Gear UK
Kalau versi UK pula, Proton naik kelas terus. Dalam satu episod ikonik, dua buah Proton Satria Neo S2000 disediakan khas oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) untuk perlumbaan “friendly” antara pasukan Top Gear UK dan Top Gear Australia. Clarkson & May masa tu memang terkejut dengan prestasi Satria yang laju, stabil, dan nampak “proper rally car”. Nama Proton pun terus meniti bibir peminat auto global lepas episod tu keluar.

3. Proton Satria GTi dalam Fat Pizza (2003)
Model hatchback paling “legend” dari Proton ni pernah muncul dalam filem komedi Australia, Fat Pizza. Dalam salah satu babak gila-gila filem ni, boleh nampak jelas Satria GTi tengah beraksi di jalanan dengan bodykit asal dan rim OZ Racing yang nampak “rare” tapi penuh karakter. Ramai penonton luar masa tu terkejut sebab tak sangka kereta dari Malaysia boleh muncul dalam filem urban Australia.

2. Proton Saga Iswara Aeroback dalam Power Rangers Jungle Fury (2008)
Siapa sangka Power Rangers pun ada babak kereta Malaysia! Dalam satu babak pergaduhan, jelas kelihatan Proton Saga Iswara Aeroback terparkir di tepi jalan dan ya, logo Proton masih terpampang! Siri Jungle Fury ni dirakamkan di New Zealand, salah satu negara yang memang jadi pasaran eksport Proton dulu. Klip ni pernah tular di kalangan peminat sebab ramai yang perasan “eh, tu bukan kereta Malaysia ke?” dengan bangga juga tengok Proton tembus dalam francais global ikonik macam ni.

1. Proton Saga dalam Mr. Bean
Yang ni paling “OG” dan mungkin ramai pernah tengok tapi tak perasan! Dalam salah satu episod klasik Mr. Bean, kelihatan Proton Saga terselit dalam babak jalan raya. Walaupun cuma muncul sekejap, bayangkan jenama Proton pernah kongsi skrin dengan Rowan Atkinson, pelawak paling terkenal dunia! Bagi penonton luar, mungkin cuma “another car”, tapi bagi kita, itu detik bersejarah bila Proton mula muncul di kaca TV antarabangsa.

Kemunculan ni mungkin nampak remeh, tapi dari sudut branding dan imej, ia tunjuk yang Proton sebenarnya dah lama menjejakkan nama di pentas antarabangsa yang bukan setakat sebagai kereta, tapi simbol kejuruteraan Malaysia!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?