Sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan tiga kenderaan di KM54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, petang semalam. Lebih memilukan, bayi mereka yang berusia enam bulan terselamat namun cedera di bahagian kepala.
Mangsa, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isterinya, Nur Fatihah Othman, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, kejadian berlaku sekitar 1.30 tengah hari apabila Perodua Myvi yang dipandu suami hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori sawit tanpa muatan. Impak kemalangan turut menyebabkan serpihan mengenai sebuah Toyota Vios di belakang.
Pemandu lori mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios tidak cedera.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?