smart #5 Dilancarkan di Malaysia – Premium dan Brabus, Jarak 590 km, Harga Bermula RM200k

smart #5 Dilancarkan di Malaysia – Premium dan Brabus, Jarak 590 km, Harga Bermula RM200k

smart Malaysia hari ini memperkenalkan smart #5, sebuah SUV elektrik serba baharu dengan gaya lebih garang dan ciri lebih praktikal untuk mereka yang sukakan ruang, jarak lebih jauh dan imej yang lebih menonjol.

Model terbaru ini meluaskan barisan EV smart yang kini merangkumi smart #1 dan #3, tetapi kali ini dengan sentuhan lebih premium serta inspirasi rekaan Mercedes-Benz. Dengan fokus pada kegunaan seharian dan aktiviti luar, smart #5 menunjukkan evolusi jenama ini dari EV kompak kepada SUV elektrik yang lebih matang dan penuh karakter.

Dengan jarak roda 2,900 mm, smart #5 berada dalam segmen SUV bersaiz sederhana. Ia ditawarkan dalam empat warna untuk varian Premium iaitu Meta Black, Cyber Silver, Pulsar Ruby dan Saturn Beige Matte*, semuanya dengan bumbung Eclipse Black. Varian BRABUS pula hadir dalam Atom Grey Matte*, Meta Black dan Digital White.

Berikut adalah pilihan varian dan harga. Harga sah bermula 14 November 2025 untuk 300 pemilik terawal:

1. smart #5 Premium

  • RWD

  • 0–100 km/j: 6.5 saat

  • Bateri 100kWh

  • Jarak sehingga 590 km (WLTP)

  • Pengecasan 22kW AC / 400kW DC

  • Harga: RM199,800

2. smart #5 BRABUS

  • Dual-motor AWD

  • 0–100 km/j: 3.8 saat

  • Launch Mode

  • Tempat duduk Dinamica

  • Brek merah, roda 21″ Monoblock Z

  • Harga: RM249,800

Bahagian dalamannya direka seperti lounge moden dengan kulit Nappa, kemasan kayu oak dan papan pemuka berinspirasikan tie-clip. Turut dilengkapi bumbung kaca panoramik 1.7m², chiller terbina dan cermin berkembar untuk kesenyapan kabin.

SUV ini juga menawarkan praktikaliti tinggi dengan tiga mod konfigurasi “bed”, 34 ruang simpanan, ruang but 1,530L dan frunk 72L.

Di bahagian teknologi, ia dilengkapi dua skrin OLED 13 inci, paparan AR head-up 25.6 inci, cip AMD V2000 dan avatar pintar LEO berasaskan ChatGPT. Sistem audio 20 pembesar suara SENNHEISER dengan Dolby Atmos pula memberikan pengalaman bunyi yang lebih immersif.

smart #5 turut menerima penarafan 5-Bintang Euro NCAP, dibina dengan 42,000 Nm ketegaran torsion dan 82% keluli kekuatan tinggi. Ia juga dilengkapi tujuh beg udara, Smart Pilot Assist, Highway Pilot Assist dengan fungsi Stop & Go, dan sistem kamera 360°.

Model ini menggunakan bateri 100kWh — kapasiti tertinggi dalam rangkaian smart — dengan jarak sehingga 590 km (WLTP). Ia juga merupakan model smart pertama di Malaysia yang menyokong pengecasan pantas 800V, mampu mengecas 10–80% dalam masa hanya 15 minit.

Dengan sembilan mod pemanduan termasuk lima mod off-road dan suspensi pintar, SUV ini menyesuaikan diri dengan pelbagai permukaan jalan tanpa mengorbankan keselesaan.

Pakej pemilikan menyeluruh termasuk:

  • Waranti bateri 8 tahun / 200,000km

  • Waranti komponen voltan tinggi 8 tahun / 150,000km

  • Waranti kenderaan 4 tahun tanpa had jarak

  • Waranti alat ganti 2 tahun

  • Bantuan tepi jalan 24/7

  • Wallbox percuma (RM3,200)

  • Adapter V2L percuma (RM800)

  • Pakej aksesori 6 item bernilai RM2,000

  • Data internet 3 tahun (3GB/bulan)

Pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi smart atau memuat turun aplikasi Hello smart untuk membuat tempahan serta melakukan personalisasi model pilihan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD