NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jalan Genting Akan Dikenakan Caj – Kerajaan Pahang Minta Pertimbang Kos Hidup Penduduk Setempat

Jalan Genting Akan Dikenakan Caj – Kerajaan Pahang Minta Pertimbang Kos Hidup Penduduk Setempat

Kerajaan Pahang berharap sebarang caj yang bakal dikenakan ke atas kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands nanti akan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Razali Kassim, berkata pihak terlibat turut disaran memberi perhatian khusus kepada pekerja serta komuniti sekitar yang bergantung kepada laluan itu setiap hari.

“Ini termasuk ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dan penduduk yang memang menggunakan jalan tersebut untuk ulang-alik setiap hari,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan perkhidmatan bas ekspres baharu Sanwa Tours (M) Sdn Bhd di Terminal Sentral Muadzam Shah.

Khamis lalu, Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan mengenakan caj kemasukan ke Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Menurut syarikat itu, caj tersebut diperlukan kerana kos penyelenggaraan jalan persendirian sepanjang 24 km itu termasuk cerun dan infrastrukturnya semakin meningkat, dan selama ini semuanya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Genting sejak tahun 1960-an. – Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy