NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Rumah Teres Dikejutkan Kebakaran, BMW X3 Rentung di Garaj

Dua Rumah Teres Dikejutkan Kebakaran, BMW X3 Rentung di Garaj

Penduduk dua buah rumah teres di Taman Tokun Jaya, Bukit Mertajam gempar awal pagi tadi selepas berlaku kebakaran di kawasan parkir rumah mereka sekitar jam 2.30 pagi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.42 pagi sebelum anggota dari BBP Bukit Mertajam dikerahkan ke lokasi, diketuai Komander Operasi PBK II Mohd Fahmie Mustafa.

“Kebakaran melibatkan dua unit rumah teres dua tingkat, dengan anggaran kemusnahan sekitar 10% dan 5% pada bahagian garaj,” katanya.

Sebuah BMW X3 hybrid yang diparkir di garaj turut musnah kira-kira 60% akibat dijilat api.

Pasukan operasi menjalankan pemadaman dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela berhampiran, sebelum api berjaya ditumpaskan sepenuhnya pada 3.40 pagi.

Tiada mangsa cedera dalam kejadian itu.

Kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada risiko lain, dan operasi ditamatkan pada jam 4.40 pagi. Kes kini dirujuk kepada Unit Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy