NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Sahabat Maut Setelah Kenderaan Mereka Bertembung Dengan Lori Muatan Buah

Dua Sahabat Maut Setelah Kenderaan Mereka Bertembung Dengan Lori Muatan Buah

Dua sahabat meninggal dunia selepas MPV Toyota Estima yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan buah di Kilometer 141.5 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran R&R Juru, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31, dan Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian hadapan kenderaan. Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Juru selepas keluar makan bersama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.22 malam sebelum anggota dari BBP Perai dikerahkan ke lokasi.

Menurut beliau, kemalangan melibatkan Toyota Estima dan lori buah-buahan, dengan dua mangsa tersepit di dalam MPV manakala pemandu lori berusia 37 tahun terselamat tanpa kecederaan. Operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas berjaya diselesaikan pada jam 11.56 malam, sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.40 malam.

Sumber: KOSMO!

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy