JPJ Selangor menyita sebuah kenderaan yang digunakan sebagai bas sekolah dalam Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Bukit Beruntung semalam selepas didapati melakukan beberapa kesalahan serius.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, memaklumkan bahawa pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut mempunyai LKM tamat tempoh, tiada insurans, pemeriksaan Puspakom yang luput, selain pemandu tidak memiliki lesen memandu kelas CDL dan lesen PSV. Beberapa kesalahan teknikal lain turut dikesan.
Beliau menegaskan bahawa JPJ sentiasa komited terhadap setiap aduan diterima dan akan meneruskan pemantauan secara konsisten bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Kenderaan itu telah dibawa ke Stor Penyimpanan Kenderaan Kalumpang untuk tindakan lanjut.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh
Vasu Thewan A/L Chelamuthu says:
Puspakom Wangsa Maju luluskan kenderaan awalan Bas sekolah dengan warna Bas Persiaran. Tuan JPJ sila ambil tindakkan terhadap pegawai wangsa maju. Saya ada bukit 0179855945