Penceramah Motivasi Ditahan, Didapati Guna Nombor Plat Palsu Elak Saman RM12,600

Penceramah Motivasi Ditahan, Didapati Guna Nombor Plat Palsu Elak Saman RM12,600

Seorang penceramah motivasi terkenal di media sosial ditahan selepas dikesan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang diubah suai untuk elak sistem AWAS JPJ.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, lelaki berusia 50 tahun itu meletakkan nombor plat sebenar di bahagian hadapan SUV miliknya, tetapi nombor di belakang dipadam satu huruf bagi mengelirukan sistem.

Akibatnya, pemilik asal nombor plat itu terpaksa menanggung saman terkumpul sejak 2023 bernilai lebih RM12,600.

JPJ menahan penceramah terbabit pada Sabtu malam lalu sekitar jam 9.30 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian R&R Behrang arah Selatan.

“Pemeriksaan mendapati nombor depan SUV Toyota Fortuner miliknya ialah ‘PRF’, manakala nombor belakang hanya ‘RF’. Nombor ‘RF’ sebenar dimiliki individu lain di Perlis,” jelas Datuk Muhammad Kifli.

(Sumber Gambar: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia)

Penceramah itu mengaku mengubah nombor plat belakang untuk elak dikesan AWAS. Dia juga didapati memandu antara 140 hingga 160 km/j dan kerap ke utara tanah air untuk program motivasi.

Kini semua saman telah dipindahkan semula kepada SUV penceramah berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu, manakala kenderaan disita mengikut Seksyen 64(1) akta sama.

Sumber: VOCKET

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD