NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pacuan Empat Roda Terjunam Gaung, Lelaki Maut

Pacuan Empat Roda Terjunam Gaung, Lelaki Maut

MARUDI – Pacuan empat roda terjunam gaung sedalam kira-kira 15 meter berhampiran Kem Pelutan, Ulu Baram, semalam, mengakibatkan seorang lelaki maut manakala isterinya terselamat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.49 tengah malam.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Marudi diarahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 220 kilometer dari balai dengan segera. 

Menurut kenyataan JBPM Sarawak, setibanya pasukan operasi pada jam 7.50 pagi, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux didapati terjatuh ke dalam gaung dari bahu jalan dengan seorang lelaki masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Tali digunakan dalam operasi menyelamat untuk menurunkan cerun sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan ahli keluarga dan dibawa naik ke bahu jalan menggunakan pengusung. 

Mangsa kemudian dihantar ke klinik berhampiran oleh pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia.

Isteri mangsa pula dilaporkan berjaya diselamatkan lebih awal oleh pekerja Kem Pelutan sebelum dibawa ke Klinik Long San oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keadaannya dilaporkan stabil. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD