Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaikinya terjunam kira-kira 15 meter ke dalam gaung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM314 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan sebuah lori treler muatan batu, kereta Lexus dan BMW. Perlanggaran menyebabkan treler dan Lexus terbabas sebelum jatuh ke dasar cerun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati tiga mangsa tersepit di dalam Lexus di dasar gaung.
“Dua daripada kenderaan terlibat iaitu lori treler dan kereta Lexus telah terbabas ke dalam gaung dengan tiga mangsa di dalam kereta Lexus tersepit,” katanya.
Wanita berusia 71 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Lexus berusia 43 tahun dan seorang penumpang berusia 77 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Pemandu treler dan BMW tidak mengalami kecederaan. Polis sedang menyiasat punca kemalangan.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh