TANAH MERAH – Perodua Kancil bertembung treler dalam satu kemalangan di Jedok mengakibatkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian, semalam.
Mangsa, Muhammad Syahmi Hasbullah, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Pegawai Bomba Kanan Ismadi Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang sebelum tiba di lokasi lapan minit kemudian.
“Setibanya pasukan di lokasi, kami telah membuat penilaian awal dan didapati benar terdapat kemalangan melibatkan sebuah treler dan kereta Perodua Kancil.
“Pemandu kereta berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, kenderaan dipandu mangsa dipercayai berpusing sebelum merempuh sebuah Perodua Viva.
Treler terbabit kemudiannya dipercayai terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang diparkir di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, pemandu Perodua Viva mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak cedera.
“Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5 petang dan ia melibatkan lapan pegawai serta anggota,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?