NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

SUV Cuba Lari Selepas Langgar Motosikal, Dikejar Ambulans

SUV Cuba Lari Selepas Langgar Motosikal, Dikejar Ambulans

JAKARTA: Tindakan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) cuba melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan mengundang perhatian apabila dia dikejar sebuah ambulans dalam kejadian di Jawa Barat, Khamis lalu.

Insiden yang berlaku di Bogor itu tular di media sosial menerusi satu rakaman video memaparkan sebuah Toyota Fortuner dipandu laju sambil diekori ambulans yang membunyikan siren kecemasan. Turut kelihatan bahagian pintu kanan SUV berkenaan sudah kemik dipercayai akibat perlanggaran.

Pemandu SUV terbabit akhirnya menghentikan kenderaannya selepas berjaya dihalang ambulans tersebut.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu kemudian kembali ke lokasi kejadian untuk menyelesaikan urusan dengan mangsa yang juga seorang penunggang motosikal.

Anggota Unit Kemalangan Lalu Lintas, Unit Trafik Mekarsari Cileungsi, Ajun Inspektor Jajak berkata, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

“Fortuner mengalami kerosakan di bahagian kanan, manakala motosikal pula rosak di bahagian hadapan,” katanya.

Difahamkan, nahas berlaku ketika SUV tersebut cuba membelok ke Jalan Baru Cileungsi pada masa sama motosikal berkenaan menghampiri dari arah yang sama sebelum kedua-duanya bertembung.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy