Proton Saga berjaya kembali menduduki tangga teratas carta jualan kenderaan bagi bulan Januari. Pembukaan tahun 2026 menyaksikan perubahan menarik dalam landskap jualan automotif tempatan apabila Kejayaan ini sekali gus menamatkan dominasi awal Perodua yang sebelum ini menguasai kedudukan teratas pasaran.
Berdasarkan data rasmi pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), model sedan segmen-A itu membuktikan keupayaannya untuk terus relevan dan kompetitif dalam pasaran. Saga mencatatkan sebanyak 10,285 unit pendaftaran sepanjang Januari 2026.
Sebagai perbandingan, Perodua Bezza merekodkan 8,431 unit, manakala Axia pula mencatatkan 6,581 unit dalam tempoh yang sama. Pencapaian ini memperlihatkan kemampuan Proton Saga memecahkan penguasaan dua model popular Perodua tersebut dalam carta jualan bulanan.

Walaupun Proton berjaya mendahului menerusi model Saga, Perodua secara keseluruhannya masih mengekalkan reputasi sebagai jenama kenderaan paling laris di Malaysia, hasil prestasi konsisten barisan modelnya dalam pasaran domestik.
Sumber: funtusticko.net
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?