Polis Kedah menahan 10 individu bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam yang berlaku minggu lalu.
Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata tangkapan dibuat dalam beberapa operasi berasingan di sekitar Kubang Pasu antara 25 hingga 28 Februari. Semua yang ditahan dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan dikenali sebagai “Geng Pak Su”.
Daripada jumlah itu, seorang merupakan wanita warga Thailand manakala selebihnya lelaki tempatan berusia antara 44 hingga 58 tahun. Tiga daripada suspek diberkas dalam serbuan susulan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dengan kerjasama D9 Bukit Aman.
Hasil saringan awal mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine. Polis turut merampas tiga telefon bimbit bagi tujuan siasatan lanjut. Pemeriksaan rekod jenayah pula mendapati dua suspek mempunyai kesalahan lampau.
Menurut beliau, tujuh individu telah ditahan dalam tempoh 24 jam pertama selepas kejadian, menjadikan keseluruhan tangkapan kini mencecah 10 orang.
Dalam insiden kira-kira jam 5.40 pagi pada 25 Februari lalu, sebuah Proton X70 dipandu SAC Mohd Nasaruddin M Nasir ditembak di susur masuk ke Masjid Al Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia–Thailand.
Dua lelaki menaiki motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata separa automatik sebelum melarikan diri. Polis kini giat mengesan senjata yang digunakan serta mengenal pasti motif sebenar kejadian.
Sumber Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?