PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia disahkan maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas helikopter yang membawa lima individu di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina pagi semalam.
Seorang penumpang warga Filipina turut terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 pagi itu apabila helikopter jenis Bell 505 melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang.
Duta Besar Malaysia ke Filipina, Abdul Malik Melvin Castelino, mengesahkan waris mangsa yang terkorban telah dimaklumkan sebaik identitinya dikenal pasti.
“Pihak kedutaan sedang memberikan bantuan konsular kepada waris mangsa dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan urusan konsular diperlukan,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang cedera kini menerima rawatan di hospital.
“Pegawai kedutaan juga telah melawat mangsa yang cedera untuk memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya,” katanya.
Terdahulu, Agensi Berita Filipina melaporkan dua individu maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal selepas sebuah helikopter awam terhempas di Pililla pada Selasa.
Datuk Bandar Pililla, John Masinsin, dilaporkan berkata, antara dua mangsa yang maut, seorang daripadanya ialah warga asing, manakala juruterbang helikopter tersebut mengalami kecederaan parah dalam insiden di Upper Barak, Barangay Quisao.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina kini menjalankan siasatan berhubung pendaratan cemas helikopter yang dalam penerbangan dari Manila ke Wilayah Quezon itu.
Sumber: Free Malaysia Today
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?