NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Ibu Bapa Lesen Anak Main Media Sosial? Ini Syaratnya!

Ibu Bapa Lesen Anak Main Media Sosial? Ini Syaratnya!

Di sebalik kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak menggunakan media sosial, ibu bapa di Malaysia kini diberikan lampu hijau untuk menguruskan akaun media sosial anak-anak berusia 16 tahun ke bawah.

Namun, kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat, akaun tersebut mestilah di bawah pemantauan penuh orang dewasa bagi mengelakkan risiko ancaman siber

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa langkah ini penting bagi memastikan golongan bawah umur tidak terdedah kepada bahaya internet tanpa pengawasan. Beliau mengakui trend masa kini di mana ibu bapa sendiri yang membuka akaun anak-anak, terutamanya bagi tujuan kandungan digital atau pempengaruh cilik.

“Sekiranya ibu bapa yang membuka akaun untuk anak-anak, maka pengawasan akaun itu adalah pada ibu bapa. Kita tidak tahu mereka bercakap dengan siapa, siapa yang direct message mereka, serta apa yang boleh berlaku kepada maklumat data,” kata beliau.

Beliau turut memberi amaran keras mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini disalahgunakan untuk menyunting gambar atau video kanak-kanak bagi tujuan yang tidak baik. Justeru, privasi keluarga seperti alamat rumah dan butiran sensitif tidak seharusnya dikongsi sewenang-wenangnya.

“Tidak menjadi masalah sekiranya ibu bapa mengendalikan akaun anak-anak, tetapi mesti sentiasa berwaspada. Mesej kita ialah gunakan internet dengan selamat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, kerajaan kini sedang menguji kaedah terbaik melalui fasa regulatory sandbox sebelum pelaksanaan penuh had umur minimum penggunaan aplikasi diperkenalkan. Langkah ini selari dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) yang sedang dalam perbincangan bersama penyedia platform media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy