Kapal pertama milik Malaysia dilaporkan telah berjaya melepasi Selat Hormuz hasil rundingan diplomatik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Kedutaan Iran di Malaysia mengesahkan perkara tersebut melalui platform X dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan melupakan rakan-rakan dalam situasi mencabar ini.
Pelepasan ini melibatkan tujuh buah kapal Malaysia yang sebelum ini terkandas di laluan strategik tersebut akibat ketegangan di Asia Barat.
Datuk Seri Anwar menegaskan bahawa pelepasan ini sangat kritikal bagi menjamin bekalan minyak negara serta keperluan asas rakyat tidak terjejas.
“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara. Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” kata Perdana Menteri dalam majlis di Pengerang, Johor.
Langkah ini dilihat sebagai kejayaan besar diplomasi Malaysia dalam memastikan rantaian bekalan tenaga negara kekal stabil meskipun berdepan krisis global.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?