Taktik Scam Travel Yang Pelancong Wajib Tahu

Taktik Scam Travel Yang Pelancong Wajib Tahu

Travel kini semakin mudah dan pantas, dengan tiket penerbangan yang boleh ditempah dalam beberapa minit, hotel boleh dicari melalui aplikasi, malah urusan pembayaran juga hanya menggunakan telefon pintar. 

Namun dalam masa yang sama, taktik scam travel turut berkembang menjadi semakin licik dan sukar dikesan.

Jika dahulu pelancong hanya perlu berhati-hati terhadap penyeluk saku atau teksi cekik darah, kini scammer mula menggunakan teknologi dan platform digital untuk memperdaya mangsa. 

Lebih membimbangkan, ada scam yang kelihatan begitu meyakinkan sehingga ramai pelancong sendiri tidak sedar mereka sedang ditipu.

Berikut antara scam travel 2026 yang sedang banyak berlaku dan perlu diberi perhatian sebelum anda bercuti.

1. Scam Tempahan Hotel

Antara scam travel 2026 paling kerap berlaku ialah tempahan hotel dan Airbnb palsu. 

Scammer kini semakin bijak meniru listing penginapan sebenar lengkap dengan gambar, lokasi dan review bagi meyakinkan mangsa.

Dalam sesetengah kes, scammer turut menghantar mesej melalui WhatsApp atau email kononnya daripada pihak hotel bagi meminta bayaran tambahan atau pengesahan kad bank.

Menurut laporan keselamatan siber oleh sebuah portal berita dari Condé Nast, terdapat peningkatan kes ‘Reservation Hijack Scam’ melibatkan platform tempahan hotel popular. 

Scam ini membolehkan scammer menggunakan maklumat tempahan sebenar untuk memperdaya pelancong.

Cara Elak Scam Tempahan Hotel

  • Elakkan membuat bayaran di luar platform rasmi
  • Jangan klik pautan mencurigakan daripada WhatsApp atau email
  • Pastikan URL laman web adalah rasmi
  • Gunakan aplikasi tempahan yang sah sahaja

2. QR Code Scam

QR code kini digunakan hampir di mana-mana termasuk restoran, tiket pengangkutan dan pembayaran digital. 

Namun scam travel 2026 turut menyaksikan peningkatan penggunaan QR code palsu oleh scammer.

Scammer akan menampal QR code palsu di atas QR asal bagi membawa pengguna ke laman phishing atau laman pembayaran palsu.

Di Malaysia, syarikat keselamatan siber, Quann Malaysia yang dahulu dikenali sebagai e-Cop, pernah mengeluarkan amaran mengenai peningkatan scam QR code yang semakin membimbangkan.

Cara Elak Scam QR Code

  • Jangan scan QR code yang nampak mencurigakan
  • Semak nama penerima sebelum membuat bayaran
  • Elakkan memasukkan maklumat bank di laman tidak dikenali

3. Penyeluk Saku Di Destinasi Pelancongan Kini Lebih Terancang

Walaupun nampak seperti teknik lama, pickpocket masih menjadi antara scam travel 2026 paling banyak berlaku terutama di destinasi popular Eropah seperti Paris, Rome dan Barcelona.

Bezanya sekarang, kumpulan pickpocket bergerak secara lebih terancang dengan menggunakan teknik gangguan seperti:

  • pura-pura terlanggar pelancong
  • meminta tandatangan
  • mengajak bergambar
  • menumpahkan sesuatu pada pakaian mangsa

Ketika mangsa leka, telefon atau dompet sudah hilang.

Cara Elak Pickpocket Ketika Travel

  • Gunakan sling bag di bahagian depan
  • Elakkan letak dompet di poket belakang
  • Kurangkan penggunaan telefon di kawasan sesak

4. Fake Taxi dan Driver Tidak Berlesen

Scam teksi masih banyak berlaku terutama di lapangan terbang dan kawasan pelancongan terkenal. 

Ada pemandu yang menggunakan teksi tidak berdaftar, mengenakan caj melampau atau sengaja memanjangkan perjalanan.

Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bagi negara Australia juga turut menyenaraikan scam teksi sebagai antara scam paling biasa terhadap pelancong luar negara.

Cara Elak Scam Teksi

  • Gunakan aplikasi rasmi seperti Grab atau Uber
  • Semak nombor plat kenderaan sebelum naik
  • Elakkan menerima tawaran daripada individu tidak dikenali

5. Pakej Travel Murah

Media sosial kini menjadi antara platform utama scammer mempromosikan pakej travel palsu. 

Ada yang menawarkan tiket murah, hotel murah atau pakej percutian luar biasa murah bagi menarik perhatian pengguna.

Kebiasaannya, scammer akan mendesak mangsa membuat bayaran segera atas alasan slot terhad atau harga promosi.

Selepas bayaran dibuat, akaun tersebut terus hilang atau tempahan sebenarnya tidak wujud.

Cara Elak Scam Pakej Travel

  • Semak review dan kewujudan syarikat
  • Jangan mudah percaya harga terlalu murah
  • Elakkan membuat bank transfer kepada akaun peribadi

Scam travel 2026 bukan lagi isu kecil yang boleh dipandang ringan. 

Dengan penggunaan teknologi dan media sosial yang semakin meluas, scammer kini mempunyai lebih banyak cara untuk memperdaya pelancong.

Sebelum bercuti, pastikan semua tempahan dibuat melalui platform rasmi dan sentiasa semak setiap mesej atau pautan yang diterima. 

Kadangkala, satu klik sahaja sudah cukup untuk menyebabkan keseluruhan percutian menjadi mimpi buruk.

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD