Bas Rapid KL Laluan 640 Terbakar, Tiada Kecederaan Dilaporkan

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) telah mengesahkan kejadian kebakaran bas yang berlaku pada pagi ini berhampiran hentian bas Komersial Taman Seputeh sekitar jam 8 pagi, yang telah melibatkan sebuah bas Rapid KL laluan 640.

Kapten Bas bertindak pantas dengan memberhentikan bas dan menurunkan 7 orang penumpang ketika itu sebagai langkah keselamatan setelah terlihat ada kepulan asap keluar dari bahagian belakang bas semasa kejadian berlaku.

Pihak bomba telah dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi. Kebakaran telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba dan kenderaan membawa balik (kebalik) juga telah dihubungi untuk menunda bas terbabit.

Tiada kecederaan telah dilaporkan berlaku kepada semua penumpang dan Kapten Bas dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak polis. Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak bomba dan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya.

 

Sumber : Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD