BAGAN SERAI: Polis berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai Geng Man Kuda yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan mencuri kenderaan di tiga negeri sejak Jun lalu.
Empat individu, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 49 tahun, telah ditahan dalam serbuan yang dijalankan di Taiping, Perak dan Kulim, Kedah pada 30 Ogos lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata hasil risikan dan siasatan mendapati kumpulan tersebut dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 14 kes jenayah di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Menurut beliau, daripada keseluruhan kes yang dikesan, sembilan berlaku di Perak, manakala empat lagi dilaporkan di Kedah dan satu di Pulau Pinang.
Kesemua kegiatan jenayah tersebut dipercayai menyebabkan kerugian keseluruhan kira-kira RM200,000.
Beliau berkata, semua suspek yang ditahan juga didapati mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah.
Siasatan mendapati kumpulan berkenaan dipercayai menyasarkan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah mangsa.
Mereka dipercayai menggunakan batang besi yang telah diubah suai untuk mencuri kenderaan.
Selain kes curi kereta, kumpulan itu juga dipercayai melakukan samun terhadap mangsa yang berada di dalam rumah atau ketika mangsa bersendirian.

Gambar daripada Berita Harian
Dalam operasi tersebut, polis berjaya merampas enam buah kenderaan yang dipercayai dicuri.
Antara kenderaan yang dirampas ialah:
Selain kenderaan, polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pasport, kad pengenalan dan lesen memandu.
Pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah turut ditemukan.
Antaranya ialah sarung tangan, pemutar skru, pisau, master key yang diubah suai, T-bar, cangkul, besi pembuka manhole dan gergaji.
Kejayaan menumpaskan kumpulan tersebut membantu polis menyelesaikan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Mohd Alwi, operasi berkenaan berjaya menyelesaikan:
Bagaimanapun, polis masih sedang mengesan tiga lagi lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Iskandar Shyam Abu Bakar di talian 019-8635721 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?