ROMPIN: Dua individu maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru pada Selasa.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu membabitkan tiga individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu kereta berkenaan, R Vijay, 27, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.
Seorang lagi mangsa, P Vijayan, 17, yang berada di tempat duduk penumpang belakang, pula meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang lagi penumpang, M Tanush Kumar, 16, yang juga sepupu kepada Vijay, dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian badan.
Menurut Sharif Shai, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa merupakan pekerja sebuah kedai cuci kereta.
Mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari Rompin menuju ke arah Kuantan ketika kejadian berlaku.
Apabila tiba di lokasi, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan.
Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar sebatang pokok.
Impak pelanggaran itu menyebabkan dua daripada tiga mangsa meninggal dunia.
Mayat kedua-dua mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rompin untuk menjalani proses bedah siasat.
Mangsa yang cedera pula menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?