NILAI: Seorang lelaki berusia sekitar 50-an ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Taman Semarak, Nilai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 10.49 pagi menerusi panggilan kecemasan 999 daripada orang awam.
Menurut beliau, pemeriksaan awal oleh pasukan Klinik Kesihatan Nilai mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia.
“Pemeriksaan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan juga tidak menemukan sebarang kesan pergelutan pada tubuh mangsa.
“Tiada unsur jenayah dikesan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Johari berkata, beberapa jenis ubat yang dipercayai milik lelaki berkenaan turut ditemukan di lokasi kejadian.
Kes kemudian diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk menjalani bedah siasat.
Bedah siasat berkenaan akan membantu pihak berkuasa mendapatkan kepastian mengenai punca kematian.
Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-790 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?