Kemalangan

Tak Sempat Jamah Sotong Goreng Kunyit, Suami Maut Lepas Patah Balik Ambil Susu Anak

Tak Sempat Jamah Sotong Goreng Kunyit, Suami Maut Lepas Patah Balik Ambil Susu Anak

Siapa sangka, permintaan suami untuk makan sotong goreng kunyit akan jadi kenangan terakhir buat seorang isteri. Seorang wanita bernama Mas berkongsi momen sayu di Threads mengenai detik-detik terakhir suaminya, Muhammad Amir, sebelum terlibat dalam kemalangan maut ketika pulang dari kerja. Menurut Mas, suaminya sempat pulang lebih awal pada hari kejadian, namun berpatah balik ke tempat […]

Lelaki Maut Terbabas, Motosikal Jatuh Ke Dalam Sungai

Lelaki Maut Terbabas, Motosikal Jatuh Ke Dalam Sungai

Seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an ditemui meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam sebatang anak sungai berhampiran kebunnya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh, Batu Kurau, petang semalam. Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, mangsa difahamkan hilang kawalan ketika menunggang di kawasan lereng bukit sebelum […]

Enam Kenderaan Rosak Dihempap Runtuhan Batu Di Ampang

Enam Kenderaan Rosak Dihempap Runtuhan Batu Di Ampang

Enam kenderaan milik penduduk di Taman Bukit Permai mengalami kerosakan selepas dihempap runtuhan batu berhampiran kawasan parkir Pangsapuri Mutiara Court, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 10.45 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan. “Siasatan awal […]

Treler Terbalik dan Melintang di Terowong Menora, Trafik Sesak Arah Utara

Treler Terbalik dan Melintang di Terowong Menora, Trafik Sesak Arah Utara

Sebuah treler dilaporkan terbalik dan melintang di Kilometer 263.4 Lebuh Raya Utara–Selatan (arah utara) antara Ipoh (Utara) dan Terowong Menora pagi tadi. Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu menyebabkan lorong tengah dan kanan terhalang, sekali gus menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan. “Pada jam 9.45 pagi, terdapat kemalangan di KM263.4 arah utara dari Ipoh […]

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Maut Dalam Kereta di Parkir Pusat Beli-Belah

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Maut Dalam Kereta di Parkir Pusat Beli-Belah

KUCHING, — Misteri kehilangan seorang wanita di Tabuan Jaya sejak Sabtu lalu akhirnya terungkai apabila dia ditemui tidak bernyawa di dalam keretanya yang diparkir di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di sini. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat wanita […]

Bertembung Dengan Lori Tangki, Dua Beradik Maut

Bertembung Dengan Lori Tangki, Dua Beradik Maut

Dua beradik lelaki maut selepas kereta Perodua Axia yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak di Jalan Majau, Kampung Majau berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Majau, tengah hari semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.31 tengah hari. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat […]

Dua Maut, Lima Cedera Parah Dalam Pertembungan

Dua Maut, Lima Cedera Parah Dalam Pertembungan

Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 18, Jalan Mawai-Kuala Sedili, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 1.15 tengah hari. Menurutnya, nahas melibatkan sebuah Proton Waja dipandu warga emas berusia 71 tahun dan sebuah Perodua Alza […]

Bomba Selamatkan Pemandu Tersepit Dalam Parit, Nyaris Lemas

Bomba Selamatkan Pemandu Tersepit Dalam Parit, Nyaris Lemas

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Ladang Victoria, Pulau Pinang, pagi Khamis. Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 10.07 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dikerahkan ke […]

Bayi 11 Bulan Maut Dalam Pelukan Ibu, Kereta Keluarga Langgar Sekumpulan Lembu di Bera

Bayi 11 Bulan Maut Dalam Pelukan Ibu, Kereta Keluarga Langgar Sekumpulan Lembu di Bera

Perjalanan sebuah keluarga muda bertukar pilu apabila bayi perempuan mereka yang baru berusia 11 bulan maut selepas kereta dipandu si bapa melanggar sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, malam tadi. Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Kepayang menuju ke Kerayong sebelum sekumpulan lembu tiba-tiba […]

Isteri Hamil Maut Dalam Kemalangan, Suami Menyusul Selepas Beberapa Hari Keluar Hospital

Isteri Hamil Maut Dalam Kemalangan, Suami Menyusul Selepas Beberapa Hari Keluar Hospital

Kegembiraan sebuah keluarga kecil di Machang, Kelantan bertukar menjadi pilu apabila kemalangan tragis pada 19 Oktober lalu meragut nyawa seorang wanita hamil, sebelum suaminya pula meninggal dunia beberapa hari kemudian. Kejadian berlaku di kawasan Perumahan PPR Bukit Belah, melibatkan dua kenderaan  Toyota Vios dan Proton Exora. Mangsa, Farah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas […]

Pilih Jenama Kereta

© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD