Hasrat Pulang Bertukar Tragedi, Penuntut Kolej Maut Dirempuh Kereta
KOTA TINGGI – Seorang pelajar sebuah kolej vokasional di Johor Bahru maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai–Desaru, malam Rabu. Mangsa, Intan Darwiena Abdullah, 20, yang merupakan penuntut Kolej Vokasional ERT Azizah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. Ketua Polis […]













