“Jimat Tak Jadi: Warga Singapura Kutuk Pemilik VW Yang Kini Diburu Polis”

“Jimat Tak Jadi: Warga Singapura Kutuk Pemilik VW Yang Kini Diburu Polis”

Sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan seorang pemilik Volkswagen Jetta dari Singapura yang didakwa sengaja mengisi minyak RON95 dan cuba menipu nombor plat kenderaan dengan menampal pelekat hitam.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila ditanya tentang kewarganegaraannya, suspek mengaku sebagai rakyat Malaysia – kononnya mahu menikmati harga minyak bersubsidi.

Tindakan itu cepat menarik perhatian netizen Singapura, yang berjaya menjejak kenderaan suspek sehingga ke kediamannya. Mereka hanya berseloroh bahawa sesiapa yang melanggar peraturan di negara mereka biasanya mudah dijejaki, terutama kerana keluasan negara itu yang kecil dan kuasa media sosial yang meluas.

Beberapa komen netizen Singapura:

  • “Hanya kerana nak jimat $20, satu Singapura dah tahu mana dia tinggal. Memang tak berbaloi.”

  • “Bawa kereta Eropah, tapi nak menipu petrol murah. Lebih baik naik bas atau MRT saja kalau nak jimat sangat. Jangan malukan rakyat Singapura.”

Selain itu, ramai netizen meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir warganegara mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana bukan sahaja menyusahkan pihak lain, malah mencalarkan imej negara mereka sendiri.

Rakyat Malaysia juga turut memberikan pandangan mereka:

  • “Banyak kes warga Singapura mengambil hak kami, rakyat Malaysia. Kami sendiri perlu lesen sah untuk dapat subsidi, tapi mereka boleh ambil mudah. Hormati undang-undang negara orang.”

  • “Kalau tiada individu bermasalah macam pemilik kereta itu, hubungan kedua-dua negara pasti harmoni. Tapi sebab ada yang pentingkan diri, ramai yang lain terkena tempias.”

Kes ini menjadi peringatan bahawa tindakan kecil untuk “berjimat” boleh membawa kesan besar, termasuk menjadi buruan polis di negara lain.

Sumber: VOCKET

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD