NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Amaran Hujan Lebat: Sarawak & Sabah Terjejas Hari Ini

Amaran Hujan Lebat: Sarawak & Sabah Terjejas Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau), manakala di Sabah, hujan dijangka berterusan di kawasan Pantai Barat seperti Tuaran, Ranau dan Kota Belud, serta Sandakan (Telupid, Beluran, Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memantau perkembangan cuaca melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, serta saluran media sosial rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy